Ken Jeong
Ken Jeong

Ken Jeong

Kendrick Kang-Yoh Jeong, MD (Bahasa Korea: 정 강조, Hanja :鄭康祖; lahir 13 Julai 1969) adalah seorang pelakon Amerika, pelawak, penerbit, penulis dan personaliti televisyen serta doktor bertauliah.[1] [2] Beliau pernah muncul dalam Knocked Up (2007), Role Models (2008), Community (2009–2015), siri filem The Hangover (2009-2013), Furry Vengeance (2010), Ride Along 2 (2016), dan Crazy Rich Asians (2018). [3] Beliau juga pencipta sitkom ABC Dr. Ken (2015-2017) yang turut dilakonkan, dikarang dan diterbitkan beliau sebagai penerbit eksekutif. Jeong adalah doktor berlesen [4] namun berhenti menceburi bidang ini untuk menumpu kepada kerjaya lakonannya.[5] Beliau kini tampil sebagai panelis dalam rancangan pertandingan nyanyian The Masked Singer.